SALAM SEJAHTERA.......................

SELAMAT MEMBACA !!!!

Isnin, 28 Februari 2011

BZ WEEKEND 25-27 FEBRUARI 2011

aduh... penat jugak badan hari ni bila mula kerja. Nak bgn pagi macam x de daya. Tapi mengenangkan tggjwb, ku gagahkan jua. Hari Isnin yang indah ni, aku mulakan tugas dengan senang hati. Rasa gundah gulana aku sebelum ni dah terubat dengan aktiviti hhujung minggu yang meriangkan aku. Alhamdulillah...

Bermula petang Jumaat, balik ke kampung. Otw balik tu singgah d Mersing n jumpa Nizam jap. Hantar sikit info tentang pemulihan. Dia kat saloon. Sementara tunggu dia, sembang la mmacam2 hal. tentang kenangan d kem, tentang hal sekolah, tentang hal kampung dll. Dah penat menyembang, pun masih x abis2 lagi dia wat rambut. So, aku pun menyibuk la skali nak cuci rambut. kekekeke... syok ada orang urut kepala... Sbelum balik, jumpa Am n Fatin jap. Cian adik ipar aku... x larat.. Maklum le mabuk mengandung.. kul 830 mlm trs bertolak balik ke tenggaroh.

Sampai kg trs ke MyBelia Site. ada meeting belia MBFM. lewat 10 minit. huhuhu... Dalam meeting tu dimaklumkan esok (sabtu) pelatih PLKN lebih kurang 400++ nak datang kem. Wah.. Seronok betul. Itu yang d tunggu2 selama ni. Bila sebut PLKN, mmg suka sangat2.

Sabtu pagi. Kul 730 dah tercongok kat padang awam tenggaroh. Menyambut kedatangan pelatih n jurulatih sebanyak 5 bas. Dimaklumkan akan ada 5 bas lagi menyusul. Peeeh... Best.. Best... Pagi tu mula dengan earobik, gotong royong, makan2, netball dll...  kul 4 ptg br pelatih balik ke kem smula...

Kul 7 ptg balik ke Endau. Abang Marzuki (staff sekolah) jemput makan umah dia sempena meraikan bekas housemate aku (Aida) yang baru kawin raya cina aritu. Tq..Tq.. siap bungkus untuk makan breakfast esok.

27/2 Ahad. Awal bgn pagi ni... Lebih awal dari biasa. Exited terlebih ni. Maklum la nak jalan jauh. Mengemas, basuh baju n sidai. Mandi, bersiap2 ke jb. Singgah mersing jap. Amik kopok, cuci kete, isi minyak, cek tayar n bertolak ke jb.

Otw tu singgah Giant tiram jap. Shopping!! huhuhu... than baru gerak ke Danga Bay. Tempat kmi berkumpul tuk konvoi ke nusajaya. Masa sampai tu baru sebiji kereta yg sampai. i 2nd. huhuhu... tggu punya tunggu, akhirnya ramai dah. More than 30 cars rasanya.Jumpa plak ladies2 MyPS. gelak2 jek... best...

Habis lawatan ke Nusajaya, tibe la time berpisah.. Sedey la... Tp itu la adatnya... sementara je.. Nanti Next program pasti jumpa lagi. :) Akhirnya, tiba d umah kul 11 mlm mcm tuh... Lega.. Walaupun pnt, tapi Tetap Berpuas hati. 100% best!!

Aku betul2 menghargai kawan2 dan orang2 yang menyumbang bahagia aku pada minggu lepas. Terima kasih berjuta kali..

Isnin, 21 Februari 2011

CINTA

Definisi Cinta

Memang terdapat pelbagai definisi cinta. Berikut merupakan beberapa definisi cinta

 1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna.