SALAM SEJAHTERA.......................

SELAMAT MEMBACA !!!!

Khamis, 20 Jun 2013

EH AKU DAH BERPINDAH!!

Assalamualaikum... dan salam sejahtera kawan2...
 Peh.. Lama giler x ber blog.. Bila cek blk, last aku mengepos pada tahun 2011. Sekarang dah 2013. Dan aku merasa semakin tua.. Ehh.. Bukan tua.. Matang.. Kikiki...

Kat sekolah ni. tadi aku  dapat panggilan telefon dari guru besar lama aku dari SJKC Kg Hubong. Adoi.. kenangan lama terjelma semula. Hampir empat tahun aku di sana. Mencurah bakti membimbing murid walaupun majoritinya cina. Tapi aku senang sekali. Takku sangka, awal september 2012 aku mendapat arahan pindah dari JPNJ. Huru-hara sekejap hidupku. Tapi ku pasrah kerana ketentuan. Malahan amat bersyukur kerana terlalu dekat dengan rumah orang tuaku. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan juga mantan guru besarku Pn Ang Swee Hoon.



                                              Sebahagian rakan guru di sekolah lamaku.

Bila mula mengajar disekolah baruku, Pn Hjh Norsiah merupakan the leader of the pack. Umpama seorang ibu yang penyayang, beliau mentadbir sekolah dengan baik bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan SK Tenggaroh 01. Rakan-rakan guru juga baik hati dan saling membantu disaat diperlukan. Begitu juga dengan staf-staf sokongan sekolah yang peramah dan sangat membantu.

Aku mengharap dan berdoa agar kebahagiaan dan keseronokan mengajar ini dipanjangkan hingga ditutup mataku. Ya Allah, permudahkanlah urusan para guru. Berikanlah kesabaran berpanjangan dan berkatilah usaha kami.