SALAM SEJAHTERA.......................

SELAMAT MEMBACA !!!!

Khamis, 10 Mac 2011

SENYUM JE LA...........



Dua hari lepas, berbual-bual dengan jiran setelah lama tiada peluang berbuat begitu. Lmbakan kerja menyebabkan aku slalu lewat balik ke rumah. Jadi  i grab the chance untuk pergi berbual. Tujuan utama aku adalah untuk bertanya khabar. Aku juga nak ajak jiran aku tu pergi saing aku ke majlis kahwin anak Tok imam yang dekat dengan rumah aku. Hurm... bila je aku tanyakan soklan tu, terus aku diserang bertubi-tubi dengan soklan, bila plak aku punya turn. Huuuuhuhu... senyum meleret-leret aku berikan... Aku biarkan tanpa jawapan.



Last sunday, aku ke kenduri kahwin saudara ayah aku di Kg Teluk Jawa (ada orang panggil Kg Rekoh). Cuaca sangat panas!! Tapi aku gagahkan jua. Dengan adik2 ku, kami melangkah ke khemah makan. Dah ambil lauk pauk, cari pula tempat duduk. Wah... betul2 hampir dengan pantai. Aku pilih tempat duduk hanya 7 kaki dari air laut. Pulak tu air tengah pasang. Can u imagine? Makan aku diiringi dengan senyum tanpa henti. Tambah2 lagi bila kamera snap pic aku... Senyum je la........



Malam semalam lepas tuisyen, ke pasaraya Borong sakan. Nak cari sayur wat lauk hari ni. Skrang nak kurangkan makan kedai. Jadi cube la masak. Pun aku ni cuba juga mengurangkan pengambilan makanan. So, makan sayur je la. Tengah cari2 sayur, aku terpandangkan sesuatu. Hijau, bulat2 bujur bentuknya. Hati aku dah tak tahan.. Aku tau kalau aku beli mesti selera makan aku meruap-ruap. Adoi!! Kenapa la benda ini ada depan mata aku. Aku cuba wat2 x tau. Cari lagi sayur lain. Bila aku patah balik menuju ke kaunter, aku ternampak lagi. Sambil tersenyum aku terus ambil dan masukkan ke dalam bakul barang aku. Hai... petai...petai...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan