SALAM SEJAHTERA.......................

SELAMAT MEMBACA !!!!

Jumaat, 29 Oktober 2010

BERDEBAR!!

SALAM SEJAHTERA KAWAN2...............


Dah 3 hari Guru Besar tak ada di sekolah. kurang skit stres (biasanya, kalau ada dia.. serba x kena) hehe maklum le bila bos ada.. mati kutu sikit..

Hari ni dia hadir.. nampak ceria. bertenaga dan cantik.. boss aku ni walaupun dah masuk 52 tahun masih pandai bergaya. body figure pun cantik lagi. dan paling penting.. vogue. alhamdulillah... bila mood dia baik, mood cikgu2 lain pasti x terganggu.. huhuhu

Aku menjadi guru pengawas peperiksaan untuk murid tahun 4 dan 5 subjek english (subjek yang GB aku ajar). So, bila lepas habis murid menjawab, terus aku cari dia untuk serahkan kertas jawapan murid. Reaksi pertama dia ialah.." ha maria... saya nak kamu buat sesuatu untuk saya" katanya dengan berseri-seri. Sebaliknya muka aku  berubah warna daripada normal kepada wajah shrek yang kehijau-hijauan!!

Habis le aku. Bukan aku x suke diberi tugas. Tapi aku tersangat la risau sebab GB aku ni orangnya perfectionist. Aku plak jenis x teliti sangat. Bukan aku wat kerja sambil lewa, tapi aku bukan jenis nak perfecto de amour.

Disebabkan dia sibuk masa tu, aku meninggalkan dia. Duduk di meja aku dengan perasaan tertanya-tanya. Apa yang perlu aku wat ni? Dia nak suruh aku jahit2 ke? Kaler2 ke? Lukis2 ke? Atau apa ye? Ke nak suruh aku order makanan untuk event akan datang? (bab2 makanan memang aku le orangnya-sesuai ngan saiz kot? kekeke)

15 minit pastu aku dipanggil mengadap. "ahad ni awak free x?" tertelan ayaq liuq aku... aku dah plan nak tgk jangan pandang belakang congkak 2 kat Jusco Tebrau.. Berkecai impian aku tu. macam pecahnya kaca cermin tingkap kelas aku. "err... x da cg.. knapa ye?". Bohong sunat! Aduh.... "saya nak awak jadi emcee, majlis kat Kg hubong ni saja." ooowhh... aku menarik nafas lega.. Knapa le aku ni emosi sangat. Rilek le Maria... aku tersenyum lebar.. hehe... manja2 lagi... kekeke

"Event apa cikgu?" dengan ramahnya aku bertanya.Konfiden betul aku masa tu. "Ni.. Dr Latip nak datang ke Kg Hubong. jadi saya nak awak jadi emcee. awak kenal dia kan?" Knl saangat.. sejak zaman sklh dulu dia dah jd yb ni..... Sekarang dia dah jadi Timb Menteri Pertahanan.



Aku memang x reti nak cakap apa lagi dah. Gb aku bg detail, aku salin je. aku pasrah je lah. cuma aku risau aku ni diserang batuk, ulser tekak n selesema. Aku takut aku tak dapat perform very well nanti. Start smalam aku berpantang makan dan minum.  Apa yang aku harapkan, semuanya berjalan lancar dan kesihatan tekak aku makin baik.

Kepada kawan2 yang bagi support kat FB, aku betul2 hargai. Love u all... MUAAAAAAAAAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan