SALAM SEJAHTERA.......................

SELAMAT MEMBACA !!!!

Selasa, 2 November 2010

syioooooooooook!!!

hai... hello pren... last week was one of my best week ever. huhu... lots of good things happened...
Perasaan aku memang indah je minggu lepas.


     Pertama sekali, aku rasa teruja untuk belajar menunggang motosikal. Latihan persediaan sebelum menduduki ujian dengan JPJ. Walaupun segmen jambatan aku sangat lemah, tapi aku berpuas hati dengan yang lain. cikgu yang mengajar sangat easy-going. Aku langsung x rasa kekok bila berbual, bergurau dan bertanyakan soalan. Yelah, walaupun ramai kengkawan kata aku ni peramah, tapi, dengan orang2 yang dh kenal rapat je. Yang baru kenal, huhu.... malu2 cat gitu... meaw........ Tapi, yang paling penting, aku AKAN conquer segmen jambatan tu sampai dapat! Mustahil ke boleh!!


  Kisah pertunangan kawan aku dengan kawan aku. Haaa.... Tu le... korang x tau... Tahniah pada pasangan Nurul Hida Kamarudin dan Nazri Musa (tushek) atas pertunangan mereka pada 30/10/2010 yang lalu. Akux sangka yang hubungan mereka yang tak tersangka akan mengikat mereka untuk bertunang. aku teruja untuk bercerita tentang kisah cinta mereka. Maafkan aku ye nurul, tushek. Sekadar berkongsi. Huhuhu...


   2008 aku bergelar pelajar sekali lagi. Pelajar dewasa. IPRM adalah tempat aku menimba ilmu. sepanjang aku belajar di sana, ramai kawan2 baru aku jumpa. Salah seorang bernama Nurul Hida. Berasal dari Kota Tinggi, aku dan dia sering naik bas bersama untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke Sermban. Aku x ingat bulan berapa, aku dan dia naik bas ke seremban. Kami tertidur sepanjang perjalanan dan hanya menyedarkan diri setelah tiba di Kuala Lumpur. PANIC!! Aku memang x reti apa2 tentang KL. Nurul pun sama! Mati kutu dibuatnya. Aku teringatkan tushek. kawan baik aku semasa di sekolah. dia kerja di Hewlett Packet KL. Satu2nya harapan yang boleh memastikan kami naik komuter ke Seremban pada malam tu (sekitar kul 8.00 malam). Nasib baik dia yang baru balik kerja (menggunakan lrt n komuter) boleh datang. dari pudu dia hantar kami ke KL Central. siap nak anto sampai Seremban. Aku x bagi sebab, time dia nak balik dah x de komuter. masa tu le diaorg ni berkenalan. huhu... sampai le bertunang sekarang ni. Jodohnya begitu. aku tumpang bahagia.


      Perkara ketiga yang aku senangi minggu lepas ialah bila aku berjaya jadi emcee walapun dengan tekak yang sakit dan selesema. Kehadiran YB DATO' DR Latiff yang peramah, ceria membuatkan aku tak kekok. tambahan pula dengan kerjasama penduduk kampung membuatkan aku selesa. aida, housemate aku plak teman aku dari awal hingga akhir majlis. Bila tanya si Aida, ada dengar sengau x? katanya x de... Lega... aku dah telan strepsil strong skali 2 biji masa jadi emcee tu.  Wah... sukses!!



    Harap2, minggu2 mendatang akan menjadi lebih baik dan terisi dengan indah supaya hidup aku tambah ceria. Terima kasih kepada penyumbang2 keceriaan hari aku... tak kira dimana korang berada, selagi bergelar keluarga dan sahabat. AKU MENGHARGAIMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan