Salam sejahtera kawan2............ Kabare? Hujan sana sini... Banjir pun berleluasa. Syukur kerana Johor masih dalam keadaan selamat dari banjir. Pun begitu, bila musim hujan melanda, demam, batuk dan selesema pasti le ada. Dan aku juga x terlepas darinya. Dan aku sangat pasti yang batuk aku ni akan berpanjangan sakitnya.
Cuti Deepavali baru ni sungguh membosankan. Tak tahu nak ke mana. Nak balik ke kampung, tapi ada jadual latihan zapin. Pun sejam sehari. Other than that, dah tak tau nak wat pe. Duduk terperuk kat rumah membuatkan aku rimas. Serba tak kena. Tengok tv salah, dengar radio salah, online salah. Nak pergi berbual2 mesra dengan jiran-jiran pula, ramai yang balik kampung. Selebihnya bekerja. Habis segala benda kat umah tu aku kemaskan. Sehelai baju kotor pun dah tak ada. Dari malas masak, aku jadi tukang masak untuk 3 hari ni (bukan malas apa, aku cuma tinggal berdua, selalu berlaku pembaziran). Hahaha........
Smalam petang, lepas balik dari latihan tarian, aku singgah di kedai serbaneka. Aku beli 3 pasu plastik dan cangkul kecik untuk tanam bunga. Konon-kononnya nak tanam bunga sikit. huhu... Mungkin ia akan jadi salah satu hobi baru aku. Kekeke... Macam tak percaya. Sebab dulu aku x suka pegang cangkul. Tapi, itulah, aku belum mula menanam lagi. Belum ada anak pokok. Nak kena mintak cikit kat tukang kebun sekolah. huhu......
Tapi minggu ni, aku berjanji dengan diri aku akan tulis biografi tentang P RAMLEE. Aku mengkagumi dia selepas melihat kisah tentangnya di channel HISTORY. Hati aku ni meronta-ronta untuk tahu lebih banyak tentang dia. Tapi aku yakin ia akan mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan maklumat tentang dia. Dulu aku tak nampak kehebatannya. Yelah, sekadar pelakon dan berlakon. Cuma itu je yang aku tahu tentang dia. Betullah kata pepatah. Tak kenal maka tak cinta. Aku telah jatuh cinta dengan dia. Tunggu bila siap nanti, harap-harap korang yang membacanya juga akan mengkagumi dia.
Jumaat ni, 12 hb nov 2010 adalah hari penting untuk sekolah aku. Konsert sekolah akan diadakan di dewan tokong Kampung hubong. Bz day and bz week telah tiba. Setiap hari bermula hari ni, pagi dan petang, latihan persembahan pelbagai tarian dan lakonan oleh murid memenuhi jadual. (ni aku curik2 tulis blog ni). Harap-harap, semuanya sukses pada malam tu nanti.
Selain tu, insyaallah, kalau tak de aral yang melintang, keesokan harinya pula aku ke Danga Bay. Ada TT Kelab Kereta MYPS. Dengar-dengar lagi, bukan sekadar MYPS, ada baynyak lagi kelab lain. Tapi PERSONARIAN la. So, kawan-kawan yang berkereta PERSONA, jangan malu jangan segan tuk datang. Nak datang ngan aku pun boleh. Hello-hello la... Leh set masa.
Cukup dah rasanya agenda aku tuk minggu ni.Panjang berjela dah aku bercerita. Segala khilaf yang aku lakukan, tolong ampunkan. Kerana yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan aku. Sampai jumpa lagi. CARE FOR YOURSELF. LoVe u aLLzzzzzzzz........
i like p ramlee..
BalasPadamwahh cik maria dah ade blog..
chayok!! chayok!!